Assalamualaikum wbt,
Pada era globalisasi ini, remaja
kita tidak lagi mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru, dan
golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain
lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka
merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam
hidup dan memilih hiburan terlampau.
Biasanya, remaja adalah mereka
yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja
yang berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam
linkungan inilah ramai remaja menghadapi pelbagai masalah sosial. Remaja kini
bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan
mereka seperti bayi yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Kini negara kita mengalami pelbagai masalah
yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa
bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau
gejala sosial dalam kalangan remaj adalah perkara normal bagi umur mereka yang
sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku
diseluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.
Kesimpulanya, ibupaba perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik
anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna suatu hari nanti iatu
dengan cara ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah
terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai
pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang
dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan.
0 comments:
Post a Comment