Assalamualaikum wbt,
Menurut kamus dewan edisi ke-3, hiburan bermaksud sesuatu
perbuatan, benda dan lain-lain untuk menghiburkan iaitu menyenangkan, mententeramkan
hati dan tempat menghiburkan hati. Hiburan kebiasaannya dan selalu dikaitkan
dengan remaja atau belia. Namun, persoalannya di sini adakah hiburan dapat
memberi kesan positif atau negatif kepada masyarakat secara amnya dan golongan
belia khususnya berikutan dengan kemajuan teknologi negara masa kini.
Pada era globalisasi
ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa sumber hiburan amat mudah diperolehi
dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja dengan menggunakan teknologi yang
ada sekarang seperti komputer, telefon bimbit dan lain-lain. Hiburan meliputi
skop yang sangat luas untuk dikategorikannya. Antaranya ialah hiburan melalui
muzik, filem, tarian, ‘games’ dan lain-lain. Belia kini lebih menjurus atau
berminat menggunakan masa yang terluang dengan menggunakan hiburan apabila
memerlukan ketenangan. Tidak dapat disangkal lagi, tanpa sesuatu yang boleh
menjadi penghibur, hidup dirasakan kosong, lesu dan penuh dengan kebosanan.
Malah hiburan di katakan amat sinonim dengan golongan belia atau remaja yang
lebih mementingkan gaya hidup yang ‘up to date’ dan proaktif seiring dengan
teknologi untuk mendapatkan sumber hiburan.
Selalunya apabila
disebut tentang hiburan pasti akan tergambar di fikiran hanya tentang muzik dan
filem. Muzik (jazz, pop, rock, blues, rapp, dangdut, poprock dan agogo) dan
filem juga merupakan salah satu hiburan yang utama iaitu mampu memberi impak
yang ‘pro’ dan ‘kontra’ kepada belia atau remaja berdasarkan cara penerimaan
dan penggunaan hiburan tersebut. Misalnya, jika dilihat dari aspek positif, ada
di antara pelajar sendiri yang telah menjadikan muzik sebagai semangat untuk
mereka mengulangkaji pelajaran. Cuba kita tinjau dari aspek sejarah, manusia
didapati lebih berpotensi untuk mencapai apa yang diingini jika seseorang melakukan
perkara tersebut di dalam keadaan gembira dan tenang. Secara tidak langsung,
muzik dan filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak digambarkan
sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat terutamanya belia.
Pada asalnya,
teknologi terkini yang menampung evolusi hiburan yang meluasnya terutama dari
filem dan muzik secara khususnya adalah bertujuan untuk memberi faedah kepada
masyarakat iaitu sebagai penghibur dan menambahkan suasana ceria. Tetapi pada
masa kini, golongan belia telah menjadikan tujuannya amat menyimpang dan
membawa kepada kesan yang negatif akibat daripada perkembangan teknologi yang
sangat pesat. Seperti yang kita sedia maklum golongan belia ini mudah untuk
terdorong melakukan atau mencuba sesuatu yang baru. Kemunculan teknologi yang
canggih seperti satelit, televisyen, wayang gambar, ‘video player’ dan
sebagainya telah memudahkan lagi para belia mendapatkan hiburan yang boleh
menjurus kepada perkara-perkara negatif berbanding positif
0 comments:
Post a Comment