CARA-CARA MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA



Assalamualaikum wbt, 






Strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Beberapa saranan atau cara-cara mengatasi keruntuhan akhlak remaja di antaranya ialah seperti berikut:

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberika keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, tanamkan  nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntibiliti, menepati janji, berketerampilan, menunjukan peribadi yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak . ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak-anak.

Pendidikan keibubapaan perlu diperkembangkan dengan cara yang lebih berkesan sehingga keupayaan pendidikan anak-anak dalam institusi keluarga dapat diperkemaskan. Amalan keibubapaan Islam hendaklah dipraktikkan melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja yang bermasalah di qariah boleh dijadikan sasaran yang terawal untuk membina modal nyata untuk dikembangkan dalam masyarakat.

Selain itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag masa. Bak kata pepatah “sambil menyelam, minum air”.

Seterusnya, mewujudkan system perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah telah menimbulkan rasa takut dikalangan pelajarr sekolah, disamping mengurangkan bebanan dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawalan disiplin. Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh semua pihak dalam sekolah seperti yang dahulunya pernah ditegaskan dalam system pembentukkan disiplin pelajar. Kawalan diperingkat awal mesti dilaksanakan. Semua pihak hendaklah ‘turun padang’ dengan ertikata sebenar untuk mengatasi masalah disiplin remaja pada masa kini.

Di samping itu juga, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan sertiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.

Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar yang bermasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak polis sebagai penyelesaian yang terakhir.

LANGKAH-LANGKAH LAIN ;

Peranan Individu

• Mendekatkan diri kepada Tuhan.
=Sentiasa melakukan ibadah seperti solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
=Dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri.
=Mencuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah disiplin.

• Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling.
=Jangan malu untuk berkongsi masalah. Luahkan segala masalah yang dialami.
=Dapat mengurangkan masalah atau beban yang ditanggung.
=Meningkatkan keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.
=Timbul rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan sesama mereka.

• Tetapkan target atau bina satu azam untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti.
=Azam yang dibina dapat menguatkan semangat individu itu untuk terus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
=Sentiasa yakin diri bahawa azam yang dibina itu akan tercapai dengan cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih berdisiplin.

• Mengamalkan cara hidup yang sihat (positif).
=Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
=Melakukan senaman secara sistematik
=Mengamalkan pemakanan yang sihat untuk menjamin fizikal dan mental yang berkualiti.
=Menghindari diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti najis dadah, seks bebas dan sebagainya.


Peranan Ibu Bapa

• Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi ibarat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
• Ibu bapa menjadikan diri mereka sebagai contoh terbaik untuk anak-anak mereka.
• Mereka juga perlu memberikan didikan agama yang sempurna bagi mengelakkan anak-anak terjebak dalam gejala negatif, aktiviti yang tidak bermoral dan budaya kuning seperti:
=Black metal
=Punk

• Mereka berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang yang terdedah kepada gejala negatif luar kawalan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi keluarga.
• Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai dan etika untuk menguruskan masa dengan baik.
• Mereka harus memberikan perangsang dan galakan kepada anak-anak untuk berjaya.
• Ibu bapa juga perlu menyekat kebebasan anak-anak dalam pergaulan.
• Ibu bapa meluangkan banyak masa untuk anak-anak terutamanya pada hujung minggu dan beriadah bersama-sama.
• Mereka janganlah terlalu taksub degan dunia pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.
• Mereka harus sentiasa berada di sisi anak-anak ketika anak-anak berada dalam kesusahan dan menjadi rakan atau pendengar yang setia untuk mendengar dan berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak.

2 comments:

Powered by Blogger.

SUBSCRIBE

Text Widget

@templatesyard

Instagram

Pages

Sample Text

About

Unordered List

Recent Posts

Popular Posts