Remaja merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara. Masa
depan sesebuah negara itu berada di tangan mereka. Merekalah yang akan
menggantikan generasi terdahulu untuk menerajui dan membangunkan negara. Bak
kata pepatah, “di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Jika elok remaja,
maka eloklah masa depan sesebuah negara itu, tetapi jika rosak remaja, maka
rosaklah masa depan sesebuah negara itu. Oleh itu, golongan remaja yang
cemerlang sangat diperlukan untuk membentuk sesebuah negara yang berjaya.
Malangnya, keruntuhan akhlak dan moral remaja semakin menjadi-jadi marcapada
ini. Antara sedar dan tidak, gejala semakin kritikal dari hari ke hari. “Tend-trend”
songsang yang tumbuh “seperti cendawan selepas hujan” menandakan gejala ini
semakin teruk.
Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak
remaja. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia
remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh
itu., rakan sebaya sangat mudah mempegaruhi seseorang remaja itu samaada ke
jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling
cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka
tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar
akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka
tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah, “menang jadi arang,
kalah jadi abu”.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada
berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak
supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka
untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak
akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih
jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil
tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa
sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa
ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata pepetah,
“sudah terhantuk, baru tergadah”.
Antara punca lain ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang
serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian.
Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi
seseorang terutamanya golongan remaja ke arah negatif secara diam. Bak kata
pepatah, “seperti api dalam sekam”. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan
malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Cerita-cerita sebegini dapat
mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan
hasilnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.
Di samping itu, sifat semulajadi remaja juga senantiasa ingin
mencuba sesuatu yang baru. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk
mencuba, tetapi lama-kelamaan mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam
aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk
melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan
akhlak mereka bertambah rosak.
PUNCA-PUNCA LAIN KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
Faktor remaja itu sendiri
Tekanan dalam pelajaran
o Secara purata, setiap pelajar mempunyai 8 hingga 10 subjek
untuk belajar bagi peperiksaan, mahupun peperiksaan di sekolah, UPSR, PMR, SPM
ataupun STPM.
o Selain itu, sesetengah pelajar menghadiri kelas tambahan
dan kelas tuisyen dan mempunyai kerja yang diperuntukkan oleh guru tuisyen.
Tekanan daripada ibu bapa yang suka mengongkong
o Bukan salah ibu bapa untuk mengambil tahu tentang aktiviti
seharian anak-anak tetapi jika ibu bapa terlalu mengongkong, anak-anak akan
berasa kekurangan kebebasan dan privasi untuk melakukan perkara yang diminati.
o Sesetengah remaja tidak tahan akan ibu bapa mereka dan
berfikir untuk melarikan diri dari rumah.
Sikap ingin mencuba
o Contohnya, sekiranya remaja itu mula merokok, lama-kelamaan
dia akan mula mencuba dadah dan akan menjadi seorang penagih dadah
o Kalau perkara tersebut menjadi serius, remaja itu akan
mencederakan keluarganya, orang lain serta mencuri untuk mendapatkan wang
membeli dadah.
Media massa
o Pada zaman perkembangan ICT yang luas ini, ICT tersebut
memainkan peranan yang penting kerana ia bersifat secara globalisasi.
o Sebagai contoh, internet dapat mewujudkan satu perhubungan
antara negara-negara, secara tidak langsung seseorang remaja terdedah kepada
pengaruh kebudayaan luar negara atau negara asing.
o Selain itu, penapisan media yang kurang tegas. Contohnya,
filem negara asing yang mempunyai unsur-unsur ganas dan seksual. Jika tiada
penapisan yang tegas dilaksanakan, maka masalah sosial seperti vandalisme dan
gangsterisme akan berleluasa di negara kita.
Faktor Ibu Bapa
Ibu bapa yang bersifat materialistik sibuk mengejar
kemewahan sehingga mengabaikan anak mereka terutamanya remaja pada hari ini.
Remaja yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya akan melakukan
perkara maksiat kerana mereka menganggap bahawa mereka tidak dikongkong oleh
ibu bapanya dan dapat melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hati.
Faktor Latar Belakang
Kebanyakan remaja yang berasal dari keluarga berada selalunya
membazirkan masa dan wang ibu bapanya dalam perkara yang sia-sia.
Contohnya, melayari internet di siber kafe, melepak di
pusat hiburan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai wang
saku yang berlebihan.
Sebaliknya, golongan miskin akan memikirkan cara
perbelanjaan dan mereka akan menggunakan wang tersebut dengan bermanfaat.
Tuntasnya, latar belakang yang berbeza yang dapat menentukan ahklak seseorang.
Keadaan Keluarga Yang Tidak Harmoni
Ibu bapa yang selalu bergaduh akan menyebabkan pertumbuhan
mental anak mereka menjadi tidak seimbang.
Sebagai akibatnya, berlakunya kes-kes gangsterlisme,
vandalisme, kes penderaan dan sebagainya.
Masalah penceraian ibu bapa juga faktor yang menjadikan
seseorang remaja silap menjejaki kaki dalam perbuatan negatif.
Kekurangan Ajaran Agama
Agama merupakan ajaran bagi seseorang insan untuk berlakuan
baik.
Namun, keluarga pada zaman kini kurang mementingkan ajaran
agama.
Sebagai kesannya, remaja tidak mempunyai jati diri dan
kurang berhemah tinggi kerana mereka tidak mengamalkan pengajaran agama.
Sebagai contoh, remaja kini kurang menghormati orang tua
dan selalunya melakukan perbuatan negatif di luar jangkaan.
Pengaruh Rakan Sebaya
Hal ini adalah kebenaran kerana rakan sebaya merupakan golongan
umur yang paling dekat.
Jadi kebanyakan mereka mempunyai ideologi yang sama dan
‘sense of belonging’ yang kuat dalam kalangan mereka.
Sebagai contoh, jika seseorang yang berkawan dengan rakan
negatif yang memujuk untuk menyertai kegiatan haram seperti menagih dadah dan
perlumbaan haram, jika seseorang remaja itu tidak mempunyai jati diri yang
kuat, maka dia akan mudah terpengaruh oleh rakan negatif.
Faktor pihak sekolah
yang kurang memberi perhatian kepada pelajar.
Sesetengah guru yang cuma memberi perhatian kepada pelajar
cemerlang dan tidak mempedulikan pelajar yang lemah dalam pelajaran.
Guru menganggap bahawa pelajar yang lemah, tidak akan maju
dalam pelajaran dan cuma akan membuang masa mengajar pelajar sebegini.
Guru kaunseling tidak memberi bantuan kaunseling yang patut
diberikan pada pelajar bermasalah disiplin.